Category: Uncategorized

Tahniah Team Robotik Sekolah

Pertandingan Robotik Daerah BP telah diadakan pada 19 dan 20 Mac yang lepas di SMK Tinggi Batu Pahat. Kontijen sekolah telah mendapat Naib Johan keseluruhan dengan mengumpul 4 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa. Semoga lebih berjaya dalam pertandingan peringkat negeri akan datang. Tahniah semua yang terlibat.

Terima kasih Pn Hjh Nik Rohayati

19 Mac merupakan tarikh keramat bagi Puan Hjh Nik Rohayati. Pada hari ini genaplah tempoh perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan. Semoga segala ilmu dan jasa bakti yang telah dicurahkan akan menjadi amal jariah dan semoga Allah swt membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Keputusan SPM 2018

Seramai 5 orang pelajar telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2018 yang diumumkan pada 14 Mac yang lalu. Mereka telah mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambl. Disamping itu beberapa orang pelajar juga mendapat keputusan cemerlang dengan mencatat 1 nearmiss. SEMOGA SMK CONVENT MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DEMI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.